Tuesday, November 17, 2020

KERAJAAN AGRARIA

  

KERAJAAN AGRARIA 


Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Kerajaan ini terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti lembah sungai, kawasan pedalaman dan di lereng bukit. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.



Peta ini menunjukkan lokasi kerajaan Agraria


Kegiatan Ekonomi Kerajaan Agraria

  • Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup. 
  • Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kekurangan air.
  • Tanaman sampingan seperti jagung, pisang dan sayur-sayuran.
  • Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah-buahan.
  • Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
  • Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
  • Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
  • Mendapat kulit kura-kura.
  • Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
  • Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk yang tidak melibatkan diri dalam pertanian seperti masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritim.


Peta Buih menunjukkan kegiatan ekonomi Kerajaan Agraria





 Gambar menunjukkan masyarakat yang menjalani kegiatan pertanian





Peta minda menunjukkan kerajaan Agraria


Peta minda di atas menunjukkan bahawa kerajaan Agraria terdiri daripada kerajaan Angkor dan kerajaan Funan. Kerajaan Angkor merupakan kerajaan awal bagi kerajaan Agraria yang terkenal. Kerajaan Funan pula merupakan kerajaan Agraria yang kemudiannya berkembang menjadi kerajaan Maritim. 



     🔰 Kerajaan Angkor


Angkor Wat


  • Diasaskan pada abad ke-7 Masihi.
  • Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai Mekong.
  • Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemerintahan beraja :
    • Raja dibantu oleh kerabat diraja untuk menjalankan pentadbiran.
    • Raja mempunyai kuasa mutlak dan dianggap devaraja.
    • Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suryavarman II.
  • Kawasan pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap
    • Tasik Tonle Sap ialah tasik yang dibina pada abad ke-10 Masihi.
    • Terletak di bahagian tengah Kemboja.
    • Merupakan sistem pengairan terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah.
    • Air disalurkan melalui empangan dan saliran.
    • Kawasan di sekitar tasik ini subur dan sesuai untuk penanaman padi.
  • Baray dibina untuk kemudahan pertanian.
  • Angkor Wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha.
  • Menerima agama Hindu-Buddha sebagai ajaran utama.



Gambar menunjukkan baray yang digunakan untuk kemudahan pertanian
    



    🔰  Kerajaan Funan




Kerajaan Funan - kerajaan terawal di Asia Tenggara


  • Diasaskan pada abad pertama Masihi.
  • Pusat kerajaan terletak di Vjadhapura.
  • Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi.
  • Bekalan air diperoleh dari Sungai Mekong dan kawasa persisiran pantai.
  • Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan.
  • Pelabuhan utama ialah Oc-Eo (kemudiannya menjadi kerajaan Maritim kerana kedudukannya yang strategik. 


            

Peta menunjukkan pengaliran Sungai Mekong






(Sila tekan link di atas)






(Sila tekan link di atas)



   Disediakan oleh : Alya Liyana binti Kamal Baharin








No comments:

Post a Comment